Monday, January 9, 2017

Resveratrol, Polifenol dan Vivix

Assalamualaikum 😊
.
Tau tak macam mana Shaklee boleh terfikir nak hasilkan Vivix?
.
Actually, Shaklee buat survey. Negara mana yang lifestyle nye tak sihat tapi rakyat sihat. Kaji punye kaji, jumpa lah France.
.
Penduduk France paling sihat, kadar obesiti yang rendah, kadar sakit kronik rendah, penduduk pun nampak muda dan bertenaga.
.
Shaklee kaji lagi kenapa mereka sihat? Rupa-rupanya mereka sangat suka minum red wine.
.
Apa ada dalam red wine yang buat kan mereka sihat?
.
Dalam red wine ada resveratrol. Yeessss, resveratrol tu la yang membantu mereka lebih sihat.
.
Sebab Shaklee ni suka mengkaji dan suka hasilkan yang terbaik, mereka kani lagi apa tumbuham terbaik yang menghasilkan resveratrol paling tinggi.
.
Akhirnya jumpa lah mereka dengan anggur muscadine. Anggur special bersaiz bola golf.
.
Tapi macam mana nak optimum kan khasiat resveratrol tu? Kena kaji lagi kan. Hehe
.
Tak penat ke Shaklee ni, nak buat 1 produk berapa banyak kajian dia buat 😅
.
Hasil kajian tu, saintis Shaklee dapati resveratrol bila bergabung dengan polifenol, dia akan jadi 10x ganda lebih powerful.
.
Woowwww. Hebat ke hebat?
.
Dah dapat formula hebat tu, cepat-cepat Shaklee patent kan tau. Tak nak la orang tiru. Hihi
.
So sekarang, Vivix dah jadi pati resveratrol paling hebat kat dunia. Tak caya?
.
Kalau tak betul, tak kan la sampai saintis dia pun dapat Nobel Prize kan? Nobel Prize ni bukan macam anugerah kat sekolah tu. Hihi🙊
.

Sunday, January 8, 2017

3 Tips Uruskan Akaun Bisnes

Assalamualaikum...

Macam mana korang uruskan akaun bisnes? Konsisten tak pengurusan tu?

Setiap peniaga, tak kiralah berniaga secara online ke offline ke wajib uruskan akaun bisnes dengan betul. Sebab sangat penting untuk kita tengok aliran keluar masuk duit kita tu. Kalau kita tak catat dan rekod semua tu, macam mana kita nak tahu dengan tepat berapa jumlah keuntungan dan kerugian yang kita dapat?

So nak tahu macam mana nak uruskan akaun bisnes kita, mesti lah kita kena belajar kan. Lain la kalau memang background akaun. Kalau yang background sains macam saya? Hihi

Okay so hari ni saya nak share 3 tips macam mana nak uruskan akaun bagi peniaga-peniaga tak kira online atau offline. Tips simple je daripada saya.

1. Catatkan aliran tunai

Macam mana nak buat? Beli je 1 buku nota macam zaman sekolah tu. Saya punya just guna buku nota bergaris RM0.60 beli kat Speedmart. Hihi. Tak kisah buku apa yang penting kita boleh rekod kan 😉 Then, amik la pembaris dan pen buat column. 1 column duit masuk (kredit), 1 column duit keluar (debit).

Catat semua dalam tu. Kos buat bisnes kad, flyers etc semua rekodkan dalam tu. kat bahagian paling bawah masukkan column total pulak. Senang nanti totalkan semua debit dan kredit.

2. Asing modal dan keuntungan

Selalunya yang ni lah yang susah sikit nak istiqamah. Almaklumlah, perempuan kan bila dapat duit je terus rasa nak membeli macam-macam. Tak payah kata masa dapat duit, tapi bila tau je gaji ke bonus ke nak masuk terus berangan nak beli itu ini 😁

Okay, apa kata kita nekad. Dapat je duit untung runcit terus asingkan dalam tabung. Pastu, duit modal pun terus asingkan dalam tabung lain. Penting tau, kalau kita tak rekod dan tak asingkan macam tu, memang tinggi la keberangkalian untuk kita terbelanjakan duit modal tu.

Kalau modal dah guna, camana kita nak roll balik modal kita? Kena la kita cari modal lain. Lama kelamaan, bisnes kita makin jatuh tau kalau kita berterusan buat macam tu.

So lepas ni, siapa yang tak pernah asingkan modal dan untung tu cepat-cepat pergi beli 2 tabung dan labelkan tiap satu dengan label "MODAL" dan "UNTUNG". Tak nak beli tabung pun tak pe, boleh guna tin kosong atau tupperware yang dah tak guna tu.

3. Buka akaun simpanan (saving) dan akaun semasa (current)

Haa, yang ni paling bagus tau. Tapi nak buka current account tu agak leceh jgak la. Kalau peniaga yang dah maju, dah stabil memang sangat digalakkan buat current account ni. Secara ringkasnya saving account tu penting untuk kita bagi gaji kat setiap bulan kat diri sendiri dan untuk kita asingkan duit untuk simpanan. Contohnya untuk ASB, beli emas etc.

Current account tu pula, penting untuk rolling duit modal, beli barang untuk bisnes (flyers, bunting etc.). Setiap resit belian kita simpan dan rekodkan. Current account ni juga penting untuk bayar bil utilities, sewa kedai if ada kedai dan gaji staff if kita dah ada staff.

Kat mana nak buat current account ni? Boleh pergi mana-mana bank Maybank ke, CIMB ke, Bank Islam ke, mana-mana pun boleh. Next time insyAllah saya akan share cara untuk buat current account.

Okay tu je saya nak share hari ni. Korang boleh la share macam mana korang buat dan uruskan akaun bisnes. Boleh la kita share-share kan 😊

See u next time. Thanks a lot sudi baca entry saya 💕