Thursday, March 9, 2017

6 Tips Menggunakan Facebook Secara Berkesan Untuk Mengembangkan Bisnes

Assalamualaikum.

Kalau kita tengok sekarang ramai yang menceburi bidang perniagaan online. Ada yang jual baju, tudung, barang-barang bayi, peralatan komputer even barang-barang dapur sekarang pun dah jual secara online.

Satu tindakan yang sangat bijak sebenarnya. Sebab apa? Sebab ekonomi sekarang sangat teruk. Tengok sahaja currency RM dengan USD hari ni. 1 USD bersamaan dengan RM4.46 (as on 10 March 2017). 


Tiap kali kita buka akaun Facebook mesti kita nampak pelbagai cara orang orang mempromosikan produk mereka. Tapi persoalannya sekarang betul ke cara kita berniaga daripada Facebook tu? Saya nak share apa yang saya pernah baca dan belajar tentang cara marketing di Facebook untuk sama-sama kita apply dalam bisnes kita.


1. Elak kan berbisnes secara hardsell. Yang mana kat wall kita ada iklan produk je. Orang tengok pun rasa annoyed tau.

2. Elak kan tag nama rakan-rakan facebook anda. Situasi macam ni akan buatkan rakan anda rasa tak selesa tau. Cuba korang imagine, tengah jalan-jalan ada orang tampal poster iklan kat belakang. Apa perasaan korang? Happy ke?πŸ˜‚

3. Gunakan nama anda dan gambar anda di akaun Facebook anda. Jangan la korang jual jam strawberry, pastu nama Facebook pun letak nama "Jam Strawberry" profile pic pun letak gambar jam strawberry. Adoi. Agak-agak ada ke yang nak berkawan dengan Jam Strawberry? Kita kena ingat, komunikasi sebenar wujud bila ada sentuhan nurani manusia dalam jalinan hubungan. Bila kita guna nama betul dan letak gambar kita untuk profile pic lagi mudah untuk bina kepercayaan antara satu sama lain.

4. Ketengahkan value diri anda. Apa maksudnya dengan value diri? Tunjukkan sisi sebenar diri anda. Cuba bina hubungan dengan rakan media sosial lain. Biar mereka berminat untuk tahu dan follow setiap aktiviti anda. Contoh nya kalau korang suka memasak, korang boleh share resepi harian yang korang suka.

5. Bina laman Facebook bisnes korang sendiri. Buat satu page Facebook yang hanya menyiarkan tentang bisnes korang. Cara ini lebih berkesan berbanding tag kawan-kawan di Facebook. Lagipun membina page Facebook adalah lebih mudah berbanding membina website. Senang untuk kita handle.

6. Untuk jadikan laman perniagaan lebih menarik, kenalah guna gambar atau imej yang bersesuaian dan menarik. Muat naik gambar-gambar berkenaan produk. Selain daripada itu, kita juga boleh mempelawa customer kita untuk memberikan feedback dan review mereka di page perniagaan kita. Customer juga boleh muat naik gambar mereka dengan produk kita. Menarikkan?

Actually banyak lagi tips yang boleh kita gunakan. Tapi untuk entry kali ini, saya berikan 6 tips menggunakan facebook secara berkesan untuk mengembangkan perniagaan. 

InsyaAllah, next time saya akan berikan tips lain untuk mengembangkan perniagaan kita menggunakan facebook.

LoveπŸ’•
Akmarina Arifin

Nasi Lemak Sedap di Gombak

Assalamualaikum 😁

Siapa suka makan nasi lemak cepat angkat tangan!!!

Saya!!! Hahaha. Saya memang suka makan, so nasi lemak wajib la suka kan. Makanan orang Malaysia tu. Hihi

Korang selalu kalau kat KL, Selangor especially kat area Gombak ni makan nasi lemak kat mana? Saya nak share satu kedai yang saya dan family in law suka sangat. Husband saya pun suka tau. Sebab tak pedas sangat, rasa dia pula memang ummppphhh...makan tu boleh licin pinggan πŸ˜‹


Kat mana kedai nasi lemak yang sedap sangat tu? Kedai tu kat Taman Sri Gombak. Korang tau Bakewell Sri Gombak? Kalau duk depan Bakewell tu tengok je depan pandang kiri sikit nampak la kedai "Restoran Nasi Lemak Hjh Baah No 1".

Restoran Nasi Lemak Hjh Baah No 1

Nak tahu tak apa lauk feveret saya tiap kali saya pergi kedai tu? Nasi lemak + sambal nasi lemak + ikan bilis + telur mata + paru goreng. Sambal nasi lemak dia memang sangat sedap. Tak berminyak, tak manis, tak pedas. Cukup rasa je. Paru dia pula, ya ampun, lembut sangat, tapi kat luar garing. Serius sangat sedap πŸ˜‹ 

Tiap kali pergi kedai tu memang wajib saya amik paru goreng tu. Tak tahu kat tempat mana lagi ada yang sedap. Hihi. Kalau tak caya korang tengok lah gambar kat bawah ni. Dalam gambar pun dah nampak sedap. Belum makan lagi. πŸ˜‚

Nasi lemak paru

Kalau husband saya pula, dia suka ambil lauk sambal sotong atau sambal kerang. Dua-dua sedap tau. Selalu mintak husband amik lebih, so boleh la rompak dia punya lauk sikit. Haha. Teruk betulkan πŸ˜‚ Nak buat camana semua lauk nasi lemak ni sedap. Sotong tu rasa nya dia masak guna sotong kering. Tapi yang bestnya tak berbau. Sotong pun lembut je takde liat-liat.

Tengok lah sambal sotong tu. Sedap kan?πŸ˜‹

Kedai ni buka sampai petang tau. so kalau korang rasa nak cuba nasi lemak paling sedap kat Gombak ni boleh la datang waktu lunch ke. Atau datang je weekend. Hihi. Breakfast dengan nasi lemak. Peerrrgghhh. Memang terbaik 😍

Harga pulak standard harga nasi lemak kat KL la. Macam yang saya makan kat atas tu, plus milo ice dan kuih 2,3 ketul total dalam RM17.

Okay nak citer tu je dalam entry kali ni. Kalau korang ada tau tempat mana yang best area Gombak, KL ni boleh la bagitau ye. Sharing is caring orang kata πŸ˜ƒ


LoveπŸ’•
Akmarina Arifin

Monday, March 6, 2017

Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Assalamualaikum 😊

Alhamdulillah. Hari tu saya dah share tentang 7 manfaat dan kelebihan menjadi ahli Shaklee. Dah baca ke belum? Kalau belum baca kat sini. Baru uols teruja nak daftar ahli Shaklee. Hihi.

Serius memang sangat best bila dah daftar ahli Shaklee ni. Saya dulu pun lambat tahu betapa jimat dan untungnya bila daftar ahli Shaklee. Yela, dulu tau consume produk je. Tak didedahkan pun dengan manfaat kalau jadi ahli ni. Nasib baik cepat sedar. Hihi

Okay, dalam entry sebelum ni saya ada share cara nak daftar ahli Shaklee kan? Dalam entry ni, saya akan tekan kan cara untuk daftar ahli Shaklee secara online.


Cara Daftar Ahli Shaklee Online

Mudah je tau. Tak susah pun. Tak perlu pergi branch, cukup ada handphone atau laptop dan internet.

Macam mana cara nak daftar ahli Shaklee secara online?

1. Klik  Borang Daftar Ahli ni.

2. Isi semua details yang diminta.

3. Klik Submit.


Pihak kami akan menerima notification yang anda hantar dan saya sendiri akan menghubungi anda untuk details bayaran pendaftaran. Yang bestnya permohonan anda akan diproses dalam 24 jam 😍😁


LoveπŸ’•
Akmarina Arifin
Your Health Consultant

Friday, March 3, 2017

Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum 😊

Okay, dah tahu apa manfaat dan kelebihan jadi ahli Shaklee kan? So sekarang kita tengok pulak  cara nak daftar jadi ahli Shaklee.



Nak tahu apa kelebihan jadi ahli Shaklee? Klik 7 Manfaat dan Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee.

Secara jujurnya, tak susah pun nak daftar jadi ahli Shaklee ni. Betul tau, tak tipu pun. Apa yang perlu korang ada hanya sejenis alat bernama handphone. Tak ada handphone? Boleh guna public phone. Hihi

Dah ada handphone apa perlu anda buat?

1. Buka applikasi whatsapp taip "Daftar Ahli" hantar ke 017-9636954

atau 

2. Buka sms dan taip "Daftar Ahli" hantar ke 017-9636954

atau

3. Isi secara online di Borang Daftar Ahli

Senang ke senang? Of cos la senang kan. Semua kat hujung jari je sekarang😁

LoveπŸ’•
Akmarina Arifin
Your Health Consultant

7 Manfaat dan Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum..😊

Alhamdulillah. Makin ramai yang ambil inisiatif untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee. Daftar jadi ahli Shaklee ni bukan bermaksud kena buat bisnes tau. Salah tu. Hihi

Kalau nak consume untuk diri sendiri pun boleh daftar ahli. Sebab apa? Jom kita sama-sama tengok apa manfaat dan kelebihan menjadi ahli Shaklee ni. Yuhuuuu...😍



1. Boleh beli barang Shaklee dengan harga paling murah.

Once daftar ahli, korang dah entitled untuk beli produk Shaklee dengan harga member. Which is dengan harga yang sama macam kami SID Shaklee ni. Best ke best? Tak payah dah nak mintak discount nanti kan. Memang terus dapat beli dengan harga yang super jimat 😍

2. Dengan setiap belian tu korang akan dapat kumpul point.

Contoh nya kalau beli Ostematrix dapat 16 uv. Uv tu point la. Kalau beli dengan pengedar korang tak kan dapat kumpul point tau. Apa istimewanya point tu? Jom tengok point no 3.

3. Dapat cash bonus (bonus tunai).

Bila point yang terku pul cecah150 uv korang dapat pulak cash bonus. Lagi banyak point terkumpul setiap bulan, lagi banyak la percentage bonus yang korang akan dapat. Cash bonus tu, Shaklee akan creditkan terus ke akaun korang. Wow, bila beli pun dapat duit kan? Bahagia betul tu. Rugi sangat kalau tak ambil peluang ni 😍😁

4. Ahli keluarga dan kawan-kawan boleh guna no id korang.

Bila korang dah jadi ahli shaklee, automatik kawan-kawan atau ahli keluarga boleh beli menggunakan id korang. So automatik jugak la point korang akan bertambah kan? Bila point bertambah...jeng...jeng...jeng...cash bonus pun mestilah bertambah πŸ˜ƒ

5. Boleh berhubung terus dengan Nutritionist Shaklee.

Yang ni memang special tau. Kalau korang berdaftar dengan Shaklee, memang korang boleh jumpa dan bertanya secara terus dengan Nutritionist Shaklee. Setiap event yang Shaklee anjurkan akan di update dalam website yang hanya boleh diakses oleh ahli berdaftar.

6. Boleh beli sendiri dengan klik klik kat website Shaklee je. 

Haa..Yang ni pun special untuk ahli Shaklee je. Bila dah register, korang boleh akses website Shaklee, klik kli nak beli apa then Shaklee akan settlekan penghantaran sampai depan rumah. Senangkan? Tak payah susah-susah start enjin kereta, start enjin motor nak pergi Shaklee terdekat. Hihi

7. Boleh jadi sumber pendapatan sampingan.

OMG!! Betul ke ni?? Tengok balik point no 3. Hihi. Setiap belian produk korang dapat kumpul point kan? Makin banyak point, makin banyak la bonus korang. Jangan tak tahu otai-otai Shaklee ramai income yang dah cecah ratus ribu😲 

So agak-agak untung ke untung jadi ahli? Baanyak lagi tau manfaat dan kelebihan jadi ahli Shaklee ni. Bukan setakat cash bonus, car bonus, peluang melancong ke oversea pun Shaklee bagi. Best nyaaaaaa.....

Sekarang rasa nak join tak? Hihi. Kalau nak join tapi tak tahu macam mana nak join boleh klik kat sini Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee.


LoveπŸ’•
Akmarina Arifin
Your Health Consultant

Thursday, March 2, 2017

Jaga Kesihatan atau Beli Insurans: Mana Lebih Penting?

Assalamualaikum...Salam Jumaat..

En. Husband tak ada boleh la berblogging malam ni. Hihi. Husband saya sangat jaga badan tau. Bila rasa diri macam makin berisi mula la dia start bersukan dan exercise. Tapi memang sejak daripada dulu pun dia suka bersukan. Isteri dia ni je suka kuak lentang, kupu-kupu atas katil πŸ˜‚

Penting tau jaga kesihatan ni. Kena exercise, jaga pemakanan, amalkan gaya hidup yang sihat. InsyaAllah, badan kita pun sihat πŸ˜„



Bulan Januari hari tu, saya join satu kelas kesihatan berkaitan kanser dan sakit kronik. Sangat takut bila doktor tu bagitau punca sakit kronik sekarang paling tinggi disebabkan oleh lifestyle kita. Gaya hidup kita. Macam kanser, dulu kita rasa kanser disebabkan oleh genetik. Tapi sebenar nya hanya 5% kes kanser disebabkan oleh genetik. Paling tinggi berpunca daripada lifestyle kita.

*Resveratrol dan polifenol mampu cegah sakit kronik. Baca di sini dan di sini.

Yang paling sadis, kanser dan sakit kronik sekarang menyerang tanpa kenal usia. Tua muda, kanak-kanak, remaja. Semua peringkat umur tak terkecuali untuk dapat sakit ni. So please, semua golongan dan semua peringkat umur kena jaga kesihatan. Jangan tunggu dah tua baru nak jaga. Kena start daripada sekarang. Paksa diri tu!

Then, invest la untuk supplements. Sebab apa? Sebab kita kena tahu, tak semua nutrients dan vitamin yang penting dan diperlukan oleh badan kita dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita.

Contoh paling simple ialah Vitamin C. Badan kita tak dapat hasilkan Vitamin C sendiri tau. Tapi badan kita sangat perlukan vitamin C. So camana agak-agak nya nak bekalkan vit C untuk badan kita kalau kita tak makan makanan yang kaya dengan vitamin C? Dan macam mana kita nak pastikan apa yang kita makan tu mengandungi nutrient yang cukup untuk badan kita? Kalau saya, saya pilih supplement 😍😁

Cuma apa yang penting jangan pilih sebarangan supplement. Pilihlah yang betul-betul terbukti selamat, bersih dan halal. Dan saya pilih Shaklee yang memang dah terbukti selamat, berkesan, bersih dan halal😊

Okay, sekarang persoalan nya sekarang bila kita dah jaga kesihatan ni agak-agak penting tak kita ambil insurans? Bagi saya la kan, insurans sangat-sangat penting. Kenapa penting? Sebab mati itu pasti. Tak kira la kita ni siapa pun. Ambil supplement beribu-ribu pun, kalau dah ajal tetap akan mati.

Haaaa.. Jangan salah faham sampai rasa 'Kalau dah mati jugak nanti, kenapa kena amik supplement lagi?'. Okay. Nak tanya 1 je. Kalau diberikan pilihan kita nak mati dalam keadaan macam mana? Nak dalam keadaan kaki tak ada sebelah (kena potong sebab diabetic) atau nak lengkap anggota badan? Mesti kita nak dalam keadaan lengkap kan. Wallahualam. Kita boleh berusaha tapi allah yang tentukan keadaan kita nanti.

*Peria katak mampu rawat diabetis. Untuk resepi baca di sini.

Sebab tu penting insurans ni. At least bila kita tak ada, kita ada tinggalkan sumthing untuk famili kita. Bukan tu je. Contohnya kalau kita tiba-tiba kena admit kat hospital, insurans boleh bantu settlekan bil hospital tu. Saya ingatkan lagi sekali, pengambilan supplement adalah untuk cegah kita daripada penyakit. Bukan bermaksud dah ambil supplement kita dah tak sakit. Cuma kurang kan peratusan untuk dapat sebarang penyakit.

Uwaaa... Penting tau insurans ni. Lagi-lagi kalau tiba-tiba kena keluarkan beribu duit dalam satu-satu masa. Kalau ada insurans ni tak adalah rasa terbeban sangat kan. So korang yang mampu, cepat-cepat lah cari agent insurans yang berdaftar untuk register insurans anda ✌

Kesimpulannya, mana lagi penting? Kesihatan atau insurans? Jawapan saya dua-dua sangat penting. Dua-dua kena jaga, dua-dua kena apply dalam kehidupan!😁

Thanks to team Superstar kerana menganjurkan kempen kesedaran kesihatan dan insurans ini. Thanks juga Puan Munirah kerana mencabar saya untuk join kempen ini. Dan yess, saya berjaya sahut cabaran ini. So sekarang saya dengan bahagianya mencabar Puan Azura untuk memberikan kesedaran kepada lebih ramai orang tentang kempen ini.


Wednesday, March 1, 2017

2017 Dengan Shaklee Family

Assalamualaikum😁

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan March kan. Uisshhh. Cepat betul masa berlalu. Umur pun dah makin meningkat kan. Banyak sebenarnya yang saya nak capai sebelum umur makin meningkat.

Banyak nak capai, banyak la usaha kena buat. Tak kan nak duk melangut harapkan bulan jatuh ke riba kan? Emmm... Tapi kalau bulan jatuh ke riba, nak buat apa dengan bulan tu? Agak-agak boleh tak bayar bil, bayar tol, bayar minyak kereta? Hihihi

Kalau ikut cycle Shaklee March adalah starting month. Bukan January tau. So, saya kena plan baik-baik apa yang saya nak capai sepanjang cycle ni. Apa yang saya nak?

Okay kita tengok apa yang Shaklee offer sepanjang cycle March 2017-March 2018.

1. Trip 6ke Bangkok
2. Trip 9 hari 8 malam naik cruise pusing-pusing Mediterranean. (Rugi tak kalau tak grab?)

Tu insentif untuk yang perform betul-betul. *Doalah saya dapat. Nak jugak merasa pergi trip 6 star. Siapa nak bagi free kan? hihi

                                Bestkan kalau dapat naik cruise jelajah dunia 

Selain daripada tu, saya aim nak naik rank setinggi yang boleh tahun ni. Nak car bonus. Uwaaa... Nak beli kereta idaman ni. Shaklee please be nice to me. Hihihi

Apa kereta idaman saya? Semestinya kereta kecil warna merah boleh ku bawak kemana-mana. Hahaha. Serius nak sangat. Senang nanti nak ke kelas, pergi coaching, pergi ofis (branch Shaklee la ofis saya. Hihi)

                                                     Land Wind ke?πŸ˜‚

Best kan join Shaklee Family ni. Macam-macam dia bagi kat member yang aktif. I'm so proud to be part of this family😍

Untuk jangka masa terdekat ni saya nak bawak husband saya pergi jalan-jalan. Tak pernah berpeluang pergi bercuti berdua je. Tak perlu jauh-jauh dalam Malaysia pun best kan. Cuti-cuti Malaysia la katakan.
Kalau dapat bawak en. Husband tengok lembu comel ni pun best kan. Hihi *Kundasang sabah*-pic credit to Google

Emmm. Lagi apa yang saya nak? Of cos la kalau nak capai semua ni saya kena make sure dapat income 5,6 angka kan. So kena la usaha lebih kuat. Usaha, usaha, usaha. Kalau tak usaha camana nak berjaya kan?

Haaaa...pastukan.. Saya nak lagi satu. MACBOOK PRO GENIUS TOUCH. OMG!!!!!! Serius sangat jatuh cinta dengan Macbook tu. Aish. Ni husband saya la duk tunjuk. Kan dah berangan. Apa yang best dengan Macbook tu? Best sebab ada touch bar tu. Tapi bila tengok harga. Pengsan!πŸ˜‚πŸ˜‚
Tengok la touch bar tu. Camana tak jatuh cinta kalau macam ni😁

Okay tu je nak citer sekarang. Walaupun sebenar nya baaaaanyak lagi impian dan cita-cita saya yang belum tercapai. Tapi saya yakin kalau kita usaha, kalau kita yakin kita akan dapat apa yang kita nakπŸ’ͺ

Nak kejar impian sama-sama dengan saya?

Moh ler kita berusaha sama-sama 😁