Thursday, March 9, 2017

6 Tips Menggunakan Facebook Secara Berkesan Untuk Mengembangkan Bisnes

Assalamualaikum.

Kalau kita tengok sekarang ramai yang menceburi bidang perniagaan online. Ada yang jual baju, tudung, barang-barang bayi, peralatan komputer even barang-barang dapur sekarang pun dah jual secara online.

Satu tindakan yang sangat bijak sebenarnya. Sebab apa? Sebab ekonomi sekarang sangat teruk. Tengok sahaja currency RM dengan USD hari ni. 1 USD bersamaan dengan RM4.46 (as on 10 March 2017). 


Tiap kali kita buka akaun Facebook mesti kita nampak pelbagai cara orang orang mempromosikan produk mereka. Tapi persoalannya sekarang betul ke cara kita berniaga daripada Facebook tu? Saya nak share apa yang saya pernah baca dan belajar tentang cara marketing di Facebook untuk sama-sama kita apply dalam bisnes kita.


1. Elak kan berbisnes secara hardsell. Yang mana kat wall kita ada iklan produk je. Orang tengok pun rasa annoyed tau.

2. Elak kan tag nama rakan-rakan facebook anda. Situasi macam ni akan buatkan rakan anda rasa tak selesa tau. Cuba korang imagine, tengah jalan-jalan ada orang tampal poster iklan kat belakang. Apa perasaan korang? Happy ke?😂

3. Gunakan nama anda dan gambar anda di akaun Facebook anda. Jangan la korang jual jam strawberry, pastu nama Facebook pun letak nama "Jam Strawberry" profile pic pun letak gambar jam strawberry. Adoi. Agak-agak ada ke yang nak berkawan dengan Jam Strawberry? Kita kena ingat, komunikasi sebenar wujud bila ada sentuhan nurani manusia dalam jalinan hubungan. Bila kita guna nama betul dan letak gambar kita untuk profile pic lagi mudah untuk bina kepercayaan antara satu sama lain.

4. Ketengahkan value diri anda. Apa maksudnya dengan value diri? Tunjukkan sisi sebenar diri anda. Cuba bina hubungan dengan rakan media sosial lain. Biar mereka berminat untuk tahu dan follow setiap aktiviti anda. Contoh nya kalau korang suka memasak, korang boleh share resepi harian yang korang suka.

5. Bina laman Facebook bisnes korang sendiri. Buat satu page Facebook yang hanya menyiarkan tentang bisnes korang. Cara ini lebih berkesan berbanding tag kawan-kawan di Facebook. Lagipun membina page Facebook adalah lebih mudah berbanding membina website. Senang untuk kita handle.

6. Untuk jadikan laman perniagaan lebih menarik, kenalah guna gambar atau imej yang bersesuaian dan menarik. Muat naik gambar-gambar berkenaan produk. Selain daripada itu, kita juga boleh mempelawa customer kita untuk memberikan feedback dan review mereka di page perniagaan kita. Customer juga boleh muat naik gambar mereka dengan produk kita. Menarikkan?

Actually banyak lagi tips yang boleh kita gunakan. Tapi untuk entry kali ini, saya berikan 6 tips menggunakan facebook secara berkesan untuk mengembangkan perniagaan. 

InsyaAllah, next time saya akan berikan tips lain untuk mengembangkan perniagaan kita menggunakan facebook.

Love💕
Akmarina Arifin

2 comments: