Thursday, March 2, 2017

Jaga Kesihatan atau Beli Insurans: Mana Lebih Penting?

Assalamualaikum...Salam Jumaat..

En. Husband tak ada boleh la berblogging malam ni. Hihi. Husband saya sangat jaga badan tau. Bila rasa diri macam makin berisi mula la dia start bersukan dan exercise. Tapi memang sejak daripada dulu pun dia suka bersukan. Isteri dia ni je suka kuak lentang, kupu-kupu atas katil πŸ˜‚

Penting tau jaga kesihatan ni. Kena exercise, jaga pemakanan, amalkan gaya hidup yang sihat. InsyaAllah, badan kita pun sihat πŸ˜„



Bulan Januari hari tu, saya join satu kelas kesihatan berkaitan kanser dan sakit kronik. Sangat takut bila doktor tu bagitau punca sakit kronik sekarang paling tinggi disebabkan oleh lifestyle kita. Gaya hidup kita. Macam kanser, dulu kita rasa kanser disebabkan oleh genetik. Tapi sebenar nya hanya 5% kes kanser disebabkan oleh genetik. Paling tinggi berpunca daripada lifestyle kita.

*Resveratrol dan polifenol mampu cegah sakit kronik. Baca di sini dan di sini.

Yang paling sadis, kanser dan sakit kronik sekarang menyerang tanpa kenal usia. Tua muda, kanak-kanak, remaja. Semua peringkat umur tak terkecuali untuk dapat sakit ni. So please, semua golongan dan semua peringkat umur kena jaga kesihatan. Jangan tunggu dah tua baru nak jaga. Kena start daripada sekarang. Paksa diri tu!

Then, invest la untuk supplements. Sebab apa? Sebab kita kena tahu, tak semua nutrients dan vitamin yang penting dan diperlukan oleh badan kita dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita.

Contoh paling simple ialah Vitamin C. Badan kita tak dapat hasilkan Vitamin C sendiri tau. Tapi badan kita sangat perlukan vitamin C. So camana agak-agak nya nak bekalkan vit C untuk badan kita kalau kita tak makan makanan yang kaya dengan vitamin C? Dan macam mana kita nak pastikan apa yang kita makan tu mengandungi nutrient yang cukup untuk badan kita? Kalau saya, saya pilih supplement 😍😁

Cuma apa yang penting jangan pilih sebarangan supplement. Pilihlah yang betul-betul terbukti selamat, bersih dan halal. Dan saya pilih Shaklee yang memang dah terbukti selamat, berkesan, bersih dan halal😊

Okay, sekarang persoalan nya sekarang bila kita dah jaga kesihatan ni agak-agak penting tak kita ambil insurans? Bagi saya la kan, insurans sangat-sangat penting. Kenapa penting? Sebab mati itu pasti. Tak kira la kita ni siapa pun. Ambil supplement beribu-ribu pun, kalau dah ajal tetap akan mati.

Haaaa.. Jangan salah faham sampai rasa 'Kalau dah mati jugak nanti, kenapa kena amik supplement lagi?'. Okay. Nak tanya 1 je. Kalau diberikan pilihan kita nak mati dalam keadaan macam mana? Nak dalam keadaan kaki tak ada sebelah (kena potong sebab diabetic) atau nak lengkap anggota badan? Mesti kita nak dalam keadaan lengkap kan. Wallahualam. Kita boleh berusaha tapi allah yang tentukan keadaan kita nanti.

*Peria katak mampu rawat diabetis. Untuk resepi baca di sini.

Sebab tu penting insurans ni. At least bila kita tak ada, kita ada tinggalkan sumthing untuk famili kita. Bukan tu je. Contohnya kalau kita tiba-tiba kena admit kat hospital, insurans boleh bantu settlekan bil hospital tu. Saya ingatkan lagi sekali, pengambilan supplement adalah untuk cegah kita daripada penyakit. Bukan bermaksud dah ambil supplement kita dah tak sakit. Cuma kurang kan peratusan untuk dapat sebarang penyakit.

Uwaaa... Penting tau insurans ni. Lagi-lagi kalau tiba-tiba kena keluarkan beribu duit dalam satu-satu masa. Kalau ada insurans ni tak adalah rasa terbeban sangat kan. So korang yang mampu, cepat-cepat lah cari agent insurans yang berdaftar untuk register insurans anda ✌

Kesimpulannya, mana lagi penting? Kesihatan atau insurans? Jawapan saya dua-dua sangat penting. Dua-dua kena jaga, dua-dua kena apply dalam kehidupan!😁

Thanks to team Superstar kerana menganjurkan kempen kesedaran kesihatan dan insurans ini. Thanks juga Puan Munirah kerana mencabar saya untuk join kempen ini. Dan yess, saya berjaya sahut cabaran ini. So sekarang saya dengan bahagianya mencabar Puan Azura untuk memberikan kesedaran kepada lebih ramai orang tentang kempen ini.


No comments:

Post a Comment