Thursday, December 15, 2016

Peranan Ibu Bapa dalam Merealisasikan Impian Anak

Pernah tak baca berita atau tengok orang sekeliling yang kita kenal marah anak atau kecewa bila anak dapat result yang kurang cemerlang dalam exam?
.
Sekarang banyak isu macam ni kan.  Semua orang berlumba-lumba dan saling compare anak mereka dengan anak orang lain. Terus terang saya cakap, saya kurang bersetuju dengan cara dan sikap macam tu.
.
Lebih-lebih lagi jika anak tu baru darjah satu. Wajar ke kita compare dia dengan rakan sekelas, sepupu atau anak kepada rakan kita? Padahal masa mur 7 tahun, kanak-kanak masih cenderung untuk bermain.
.
Pernah tak terbaca artikel kanak-kanak umur 7 tahun gila kerana stress dengan pelajaran?
.
Sedih bila tengok kanak-kanak seawal usia demikian dah dipaksa untuk ke tempat tuisyen, dan belajar bersungguh-sungguh. Jangan salah faham, saya buka bermaksud mereka tak perlu belajar bersungguh. Tapi apa kata di awal usia, kita sebagai ibu bapa cuba tengok dulu dan kenalpasti apa minat dan kecenderungan mereka.
.
Seterusnya kita cuba realisasikan minat mereka tu. Kalau anak suka mewarna, belikan mereka buku mewarna. Tak semestinya bila mereka bermain, masa terbuang dengan sia-sia. Bermain pun merupakan satu proses kanak-kanak belajar.
.
Lagi satu, bila dapat result SPM contohnya. Ramai ibu bapa yang dah plan nak anak mereka sambung belajar dalam bidang apa. Apa kata kita  bersikap lebih toleransi. Tanya dulu apa minat mereka. Jangan kita yang tentukan course apa kena ambil, di kolej mana perlu belajar.
.
Bukan bermaksud kita tak boleh masuk campur.Tapi adalah lebih baik kita tanya dulu apa minat mereka dan kenapa mereka pilih jalan itu. Kemudian kita tolong guide. Bagi pendapat kita sebagai ibu bapa. Apa yang baik dan buruk dengan pilihan mereka. Kalau banyak yang baik, insyaAllah kita support mereka.
.
Kalau banyak yang buruk, kita terangkan satu-satu kesan dan akibat apabila mereka dewasa kelak. Then kita doa banyak-banyak semoga setiap keputusan yang dibuat betul dan dipermudahkan. Doa ibu adalah paling mustajab kan? Jadi berdoalah untuk anak-anak 😊
.
InsyaAllah itu lah yang akan saya lakukan bila saya bergelar ibu nanti. ☺️
.
Saya akan cuba tunaikan setiap impian dan cita-cita anak saya. Sebab tu sekarang saya perlu kerja keras. Kena kerja keras untuk pastikan saya dapat beri yang terbaik untuk anak-anak. Lagipun, impian saya, saya nak anak saya belajar memanah, berkuda dan berenang. Ikut sunnah nabi. Banyak faedahnya, termasuklah untuk didik anak lebih berdisiplin dan fokus.
.
Lagi satu ntuk berjaya, kena make sure ilmu akhirat pun kita bekalkan pada mereka. Sekarang ramai yang saya tengok lebih utamakan pelajaran anak-anak lebih daripada akhirat. Bila anak tak solat, kita tak tegur, tak nasihat dan biarkan. Tapi bila anak tak study, kita marah pula. Bila ponteng sekolah kita marah, bila tak solat kita biarkan. Nauzubillah. Minta dijauhkan sikap macam tu.
.
Dunia dan akhirat biarlah seimbang. Jangan kita berharap anak kita akan belajar sendiri dan berubah bila mereka dah besar. Melentur buluh biarlah daripada rebung. InsyaAllah bila kita dah bekalkan ilmu akhirat, ilmu dunia pun mereka akan berjaya.
.
Semoga anak-anak kita berjaya dunia dan akhirat. Dorong dan bimbinglah mereka agar setiap impian dan cita-cita mereka dapat direalisasikan. Didiklah mereka dengan lemah lembut, bukan dengan kekerasan dan paksaan. Berikan mereka tunjuk ajar agar mereka tidak terpedaya  dengan helah dan tipu dunia.
.
.
.
.
.
.
.
Semoga saya dimurahkan rezeki untuk mendapat cahaya mata next year. Mana tau Allah nak hadiahkan twin. Hihi. Doa kan saya ye☺️
.
.
Akmarina Arifin | 017-9636954

2 comments:

  1. Amin..semoga akmarina izdihar arifin dapat twin..

    ReplyDelete
  2. Amin amin...semoga Allah murahkan rezeki Akma untuk dpt baby n dapat twin..amin amin

    ReplyDelete